Serban sikh Serban

Seorang Sikh memakai serban / turban

Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi di seluruh dunia turut memakai serban tetapi dalam bentuk lebih tebal , lonjong dan seragam bentuknya. Di sesetengah tempat, serban yang dipakai oleh penganut Sikh / Punjabi dipanggil turban atau dastar.

Kain serban yang dipakai sepanjang 5 meter. Di Amerika Syarikat, Kanada , Eropah dan lain-lain, mereka yang memakai serban dianggap sebagai penganut agama Sikh. Serban di kalangan penganut Sikh amat berkait dengan kepercayaan dan wajib dipakai .

Penganut Sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agama rambut yang panjang mudah diurus. Tetapi orang prempuan tidak perlu memakai serban.

Di Rajasthan, India ada banyak gaya memakai serban . Setiap 15 km perjalanan, anda akan dapati bentuk serban yang berbeza.

Sementara itu pihak Gabungan Sikh (SC) mengecam tindakan itu kerana bertentangan dengan semangat kepelbagaian agama yang menjadi antara asas penubuhan Amerika Syarikat.